<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jun 16, 2006
baru keluar dari gua....

aku rasa lama betul aku tak menaip kat blog ni..malah aku sendiri dah lupa pe kenama blog aku nih he he he..Ita, misti ko boring kan sbb aku tak penah2 online atau update blog aku ni, kan kan kan? aku selalu menjadi pembaca dalam diam blog ko, tapi aku tiba2 kering idea bila nak tulis di blog aku sendirik..sbbnye aku rasa macam crite aku tak ler semenarik dunia org2 lain...

cuma buat masa sekarang sekarang aku sibuk ngan study aku...kekadang nyesal giler aku amik elektrik nih.Baik aku amik management je macam ko cakap tu Ta. Dah le aku tak der basic elektrik, tetiba buat master dalam elektrik, tak ke merapu tu namanya! Nampaknya aku kena la biasa2 kan diri aku sekarang ngan elektrik nih. pelik jugak bila aku pkir2 kan balik nape aku amik elektrik nih, sedangkan aku paling tak suka mende2 elektrik nih, aku ingat lagi dulu masa 1st year kat UKM ada subjek elektronik, nyampah betul aku! Tapi yg aku blaja skrg ni bukanya totally elektrik sbb aku amik elektronik & telekomunikasi, so ada gak komputer sket2. Tapi banyaknye matematik kejuruteraan!!! Dah le kepala aku dah bekarat matematik lama tak mengira yg formula pelik2, setakat ngaja anak2 aku buat kerja sekolah tahun 1& 2 tu ada ler he he he...

Eh! dah terpanjang lak aku merapu! Tu la kalau dah start payah lak nak berenti...

Tapi kan jauh disudut ati aku yg memang kecik nih, aku masih lagi nak jadi doktor bedah...tapi apa kan daya...aku takda jari pon nak pakai sarung tangan...iskh iskh ishk tapi aku bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberikan aku sepasang tangan untuk berkhidmat kepada keluarga aku...Aaaminn!!! Alhamdulillah! 


Posted at 05:57 pm by shima
Make a comment  

Nov 3, 2004
syurga dunia..

Dah lama aku tak berkesempatan nak bercerita kat Blog ni..kat pejabat dengan citer pejabat kat umah pon dengan citer kat umah. Pepagi buta lagi dah berpeluh dengan bebudak 3 org tu, nasib baik ader suami yang memahami dan bertimbang rasa, selalu membantu aku, terima kasih abang..tolong siapkan bebudak sementara aku melayan sikenit menyusu kalau dia terbangun. Balik petang sekejap jer rumah kemas, tak sampai 5 minit penuh dengan kertas yang dikoyak atau gunting, mainan sana sini, kusyen kerusi tersusun tinggi kat depan pintu rumah, kekadang dengan kerusi2 nya sekali penuh kat tengah ruang tamu! si kenit tu pulak yg mengutip mainan atau kertas2 berterabur, silap2 kalau tak tengok terus ke dalam mulut! Aku sibuk kat dapur masak, terkejar ke depan tengok si kecik terkejar ke kuali atas dapur, macam tak siuman lak .. Tapi tu laa, walaupun penat,terjerit2 macam ibu tarzan(apalaa aku ni..tak sabo langsung!)tapi aku bingung kalau anak2 aku tu tak ada, cam aku balik sekejap tghari kat rumah waktu rehat tu, macam ader kekosongan,sbb tu kalau aku cuti aku tak hantar anak2 aku rumah org yg jaga,walau pun mak aku kalau kebetulan dia datang,selalu dia suruh aku tinggal kan jer bebudak kat rumah org jaga dia, boleh kemas rumah, tapi aku degil, lantak lah rumah nak terlingkup pon,nanti aku kemaslah balik(pehtu lintang pukang balik) asal kan anak2 aku ader masa ngan aku time aku tak keja...moga2 anak2 aku menjadi anak2 yang soleh...amiiin

Posted at 02:04 pm by shima
Comment (1)  

Sep 29, 2004
Alhamdulillah...

Semalam Timbalan Pengarah bercerita panjang tentang penangkapan student yang mencuri di HHP...aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ketika tu, betapa Allah telah menunjukkan kebenaran, siapa yang benar2 bersalah dalam hal ni, tapi aku sedar, keaiban yang anak buah aku tanggung tak mungkin dapat dihapuskan dengan kalimat"maaf", akan tetapi orang menuduh pon buat bodoooo jek,macam tak der apa2,tu yang geramm tu, ahh lantaklah, yang benar telah terpampang, biarlah dia malu sendiri!!

Posted at 09:46 am by shima
Make a comment  

Sep 27, 2004
cubaaaaaan...

Hari ni aku tak der mood nak kerja, dah org tak percaya kat unit kita,nak buat macam mana...Alkisahnye kerna kes kecurian komponen komputer kat sini, mentang2lah unit aku unit yg berurusan terus ngan komputer,depa tuduh melulu je anak buah aku yang buat kerja terkutuk tu..sampai hati,tanpa ada sebarang bukti yag kukuh pon. Nasib baik Timbalan Pengarah berfikiran jauh,kalau tak sahih hari tu rumah juruteknik aku tu kena geledah.Tapi tuhan tu maha adil,dalam dia dok kata tak ader org nampak dia gi baiki pc kat asrama malam tu kecuali kucing, rupa2nya ada warden yang terperasan dia tengah membaiki komputer di asrama malam tu, hemm lepas laa,tapi pandangan serong org2 yg masih tak mengetahui tentang saksi ni masih lagi terasa peritnya..siap berpesan pada org bawah,"kalau org unit ict datang,pastikan semua tingkap berkunci bila dia tinggalkan unit kita",melampau!!Tapi tak apa, Tuhan itu Maha adil lagi saksama,moga2 tuhan tunjukkan kebenarannya nanti...sementara tu,aku suruh anak2 buah aku buat jer kerja2 macam biasa dengan muka toya, walaupun aku tahu, dalam hati betapa malunya dituduh pencuri...

Posted at 08:56 am by shima
Make a comment  

Sep 22, 2004
1,2,3...

Ni dah masuk kali ke-3 aku taip mender ni,aku ingat bila aku back2 balik ader ler mender yg aku taip tadi ..rupa2 dah tak der,sbb aku tak save! Adussss! Geram betul gue! Ehem,sori ek,memula aku diperkenalkan ngan blog ni , kwn aku ler Ita,(sori ek ta, aku tercebut nama ko lak,alaa glamour sket!) sronok aku membaca crite2 kat blog dia tuh, tetiba timbul rasa nak berkongsi criter aku gak, tak tau ler criter aku tu best ke idak, tapi ader keinginan nak berkongsi citer ngan kengkawan, dapat gak melepaskan tension aku nih kan?(emm.. aku rasa aku taip mender lain tadi..) Dah naik lengok bahu aku menaip sia2 jek 2 kali tadi, tup2 ilang gitu jek..eh rasa macam kekeringan idea lah pulak,tak per lah sok2 aku citer lah lagi lenguh laa...

Posted at 03:41 pm by shima
Comment (1)